fAkTA hAiwAn......aGUnGnyA ciPtAAn tUhAN....

hid0p kite tak lgkap tanpe haiwan kn....
diNATANG (aku nk guna diORANG...tp tak kne r ...hehehehe) ni byk btol keistimewaan n kehebatan yg kite tak tau.....
takpe2...
kali ni aku bawakan fakta2 menarik tentang haiwan k....



Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.


Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.


Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia


Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.


Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.


Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.


Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.


Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.


Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..

Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.


Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.


Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.


Labah-labah mempunyai hidung dikaki
yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.


Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.


Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?


Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.

Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya berjalan.

0 comments:

Post a Comment

zApErS!!

k0nfrAntAsi miNdA LoGikAL

aku ini insan lemah...tapi kudrat ku bisa mengubah segala...fantasi itu memang indah...tapi jangan jadikan yang realiti itu fantasi....